Ahad, 16 Mac 2014

Tutorial Image Slider menggunakan Thumbnail di Blog

Hi bloggers,

Mungkin anda pernah terfikir untuk menggunakan Image Slider di blog anda untuk membuat 'Highlight' bagi artikel terbaik anda. Dengan Image slider ini, artikel terbaik anda akan terpapar terus di muka hadapan blog anda lalu dibaca oleh pengunjung blog anda.


Belajar CARA DAPATKAN PENGUNJUNG BLOG mudah di sini : BELAJAR SEO MUDAH (KLIK)





Kelebihan menggunakan Image Slider ini adalah:


1.Untuk mempromosi artikel sasaran anda.

2.Lebih interaktif, Elegan, Kreatif dan memudahkan.

Contoh Imej Slider : VIEW DEMO (Klik).


Sila ikut cara menambah widget ini ke blog anda dengan teliti.


Langkah satu:

Login ke akaun blogger anda >> templete >> edit HTML >> proceed

Langkah dua:

Klik "CTRL" + "F" kemudian cari kod ]]></b:skin

Langkah tiga:

Tambahkan kod CSS di bawah ini di atas kod ]]></b:skin

CSS :-

.slider{   
width: 640px; /*Same as width of the large image*/ 
position: relative;          
/*Instead of height we will use padding*/
padding-top: 320px; /*That helps bring the labels down*/
margin: 100px auto; 
/*Lets add a shadow*/ 
box-shadow: 0 10px 20px -5px rgba(0, 0, 0, 0.75); 
}
/*Last thing remaining is to add transitions*/
.slider>img{
position: absolute; 
left: 0; top: 0;
transition: all 0.5s; 
}
.slider input[name='slide_switch'] {
display: none;
}
.slider label { 
/*Lets add some spacing for the thumbnails*/ 
margin: 18px 0 0 18px;
border: 3px solid #999; 
float: left;   
cursor: pointer; 
transition: all 0.5s;
/*Default style = low opacity*/
opacity: 0.6; 
}
.slider label img{ 
&display: block; 
}
/*Time to add the click effects*/ 
.slider input[name='slide_switch']:checked+label {
border-color: #666;
opacity: 1;  
}  
/*Clicking any thumbnail now should change its opacity(style)*/ 
/*Time to work on the main images*/ 
.slider input[name='slide_switch'] ~ img { 
opacity: 0;
transform: scale(1.1); 
} 
/*That hides all main images at a 110% size 
On click the images will be displayed at normal size to complete the effect 
*/ 
.slider input[name='slide_switch']:checked+label+img {
opacity: 1; 
transform: scale(1);
} 
/*Clicking on any thumbnail now should activate the image related to it*/
NOTE! : Perhatikan kod yang berwarna biru di atas. kod tersebut merupakan saiz lebar dan tinggi gambar yang anda boleh adjust sendiri.

Belajar CARA DAPATKAN PENGUNJUNG BLOG mudah di sini : BELAJAR SEO MUDAH (KLIK)


Langkah empat:

Cari kod <div id='main-wrapper'>

Langkah lima:

Tambahkan kod HTML di bawah di atas kod <div id='main-wrapper'>

HTML:-

<div class="slider">  
<input type="radio" name="slide_switch" id="id1"/>           
<label for="id1">         
<img src="IMAGE LINK" width="100"/>
</label>  
<img src="IMAGE LINK"/>

    <!--Lets show the second image by default on page load--> 
<input type="radio" name="slide_switch" id="id2" checked="checked"/> 
<label for="id2">
<img src="IMAGE LINK" width="100"/>             
</label>           
<img src="IMAGE LINK"/>            
<input type="radio" name="slide_switch" id="id3"/>            
<label for="id3">           
<img src="IMAGE LINK" width="100"/>         
</label>          
<img src="IMAGE LINK"/>          
<input type="radio" name="slide_switch" id="id4"/>             
<label for="id4">            
<img src="IMAGE LINK" width="100"/>           
</label>             
<img src="IMAGE LINK"/>           
<input type="radio" name="slide_switch" id="id5"/>            
<label for="id5">          
<img src="IMAGE LINK" width="100"/>           
</label>         
<img src="IMAGE LINK"/>             
</div>
NOTE! : Sila ganti "IMAGE LINK" dengan link gambar anda.

Langkah enam:

Sila tambah kod SCRIPT dibawah di atas </head>

SCRIPT:-

<script src="http://tipstrikblogging.googlecode.com/files/imagesliderthumbnails.js" type="text/javascript"></script>

Langkah tujuh:

Klik Save/Simpan.
NOTE! : Sebelum save/simpan pastikan anda 'preview' template anda terlebih dahulu untuk melihat kesesuaian yang anda inginkan.

Belajar CARA DAPATKAN PENGUNJUNG BLOG mudah di sini : BELAJAR SEO MUDAH (KLIK)


Demikian Tutorial untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Alhamdulillah.



Terima kasih kerana membaca artikel ini.


Sekian.




Ahad, 16 Februari 2014

12 cara untuk meningkatkan traffik blog atau website anda

Hi Bloggers,

Cara meningkatkan trafik blog atau website - Trafik merupakan hal yang penting bagi blogger. Bahkan banyak orang yang beranggapan bahawa trafik adalah nyawa dari sebuah blog. Trafik juga merupakan salah satu pengukur sejauh mana popular atau tidaknya sesebuah blog. Blog atau website yang tidak memiliki trafik tentu akan membuat penulisnya lama-lama merasa penat atau bosan kerana tidak mendapat pembaca dari pengguna internet. Jadi, admin saya ingin membincangkan bagaimana cara hendak meningkatkan trafik blog?

Sebenarnya, sangat banyak tips dan trik untuk meningkatkan trafik blog yang tersebar di internet, kita hanya perlu memilih tips mana yang tepat buat blog kita. Sudah banyak pakar SEO yang mengongsikan ilmu mereka tentang bagaimana cara meningkatkan kunjungan ke blog kita

Sekrang kita sudah tahu betapa pentingnya trafik bagi sebuah blog atau website. Oleh itu, sekarang saatnya kita membincangkan bagaimana cara meningkatkan traffik blog atau website, terutama untuk blog yang masih baru.

Cara meningkatkan traffik blog 

1. Daftarkan blog anda ke search engine

Hal pertama yang perlu anda lakukan untuk menjaring banyak pengunjung atau pembaca ke blog anda adalah dengan menghantar blog ke berbagai search engine yang ada. Tujuan mensubmit/menghantar blog ke search engine adalah agar artikel yang ada di blog kita dapat terindeks oleh search engine. Dengan submit/hantar ke search engine bermaksud kita telah memasukkan blog kita di direktori search engine tersebut. Beberapa search engine yang terkenal adalah Google, Bing dan Yahoo!

2. Keyword

Hal kedua yang cukup penting adalah memilih keyword yang akan anda kejar melalui blog anda. Pilihlah keyword yang banyak dicari orang melalui enjin carian. Kata kunci yang banyak dicari akan membuat blog anda banyak kunjungan pembaca dan inilah inti dari cara meningkatkan trafik blog. Optimasi SEO blog anda agar artikel yang anda tulis dapat menembus halaman pertama hasil pencarian Google. Menempatkan blog di posisi halaman pertama Google menjamin ramai pengunjung akan mengunjungi blog anda, namun hal itu sangat sulit dilakukan kerana ribuan blogger lain juga melakukan hal yang sama. Anda perlu belajar banyak tentang SEO.

Belajar SEO mudah di sini :
 BELAJAR SEO MUDAH

3. Tulis konten/isi kandungan/artikel menarik

Membuat artikel yang menarik adalah salah satu cara meningkatkan trafik blog. Hal ini kerana konten yang menarik bukan sahaja perlu original daripada penulis tetapi perkara yang ditulis adalah yang dicari oleh pengguna internet yang sedang mencari maklumat atau yang sedang membaca ilmu melalui internet. Walau bagaimana pun, sering menjadi masalah kepada blogger apabila idea untuk membuat tulisan menarik tidak datang setiap saat. Namun bila anda merupakan seorang blogger yang punya banyak idea kreatif dan unik, anda pasti boleh menuangkannya di blog anda. Google sangat menyukai blog yang mempunyai artikel yang unik dan menarik serta original.Content is the King.

4. Optimasi SEO

Setelah anda membuat artikel yang menarik, Perkara seterusnya yang perlu dilakukan adalah optimasi SEO. Optimasi SEO sangat penting dilakukan untuk meningkatkan traffic blog atau website. Artikel yang bagus dan menarik bila tidak muncul di halaman pertama Google akan mengalami kesukaran untuk ditemui oleh orang lain. Tulisan yang bagus tapi tidak dioptimasi SEO-nya dengan baik akan kalah oleh artikel biasa-biasa saja apabila mempunyai optimasi SEO yang bagus. Jadi lakukan yang terbaik untuk optimasi SEO blog anda.

Belajar SEO mudah di sini : BELAJAR SEO MUDAH

5. Rutin update artikel/Konten

Semakin kerap anda menulis artikel, maka semakin besar kemungkinan untuk  meningkatkan traffik blog anda. Blog yang sering di-update akan membuat Google Bot atau spider google akan berkunjung dan men-crawl halaman blog anda. Selain itu, makin banyaknya tulisan juga semakin memperbanyak keyword yang akhirnya akan terimbas oleh spider dan meningkatkan trafik blog atau website anda.

Walau bagaimanapun, apabila teknik Optimasi SEO anda kurang berjalan lancar, anda masih boleh mendapatkan banyak kunjungan ke blog anda dengan cara berikut:

6. Manfaatkan social media

Zaman sekarang ini siapa yang tidak kenal social media? Hampir semua orang memiliki akaun Facebook dan Twitter. Sebagai blogger anda juga harus memiliki akaun di dua jejaring terbesar tersebut. Facebook memiliki lebih dari 1 million pengguna. Twitter juga saat ini sedang booming, anda harus memanfaatkan Twitter untuk mendapatkan banyak trafik dan usahakan tweet anda mendapatkan banyak retweet agar makin banyak orang yang akan berkunjung ke blog anda. 

7. Manfaatkan social bookmark

Selain social media, manfaatkan juga social bookmark untuk meningkatkan trafik blog anda. Jangan ragu untuk submit artikel ke berbagai social bookmark yang ada. Keuntungan submit artikel di social bookmarking selain mendapat kunjungan dari sesama pengguna, dalam masa yang sama akan mendapat backlink berkualiti dari social bookmarking tersebut.

8. Aktif di forum

Forum online merupakan tempat dimana orang berkumpul dan berkongsi info serta berita terbaru. Apabila anda ingin meningkatkan kunjungan ke blog anda secara drastik, anda harus berusaha juga mengikuti komunikasi di dalam forum online tersebut.

9. Blogwalking

Blogwalking ini sering dikatakan salah satu cara yang kuno tapi tetap sangat signifikan untuk membantu blog anda mendapatkan banyak trafik. Alasan blogwalking masih sering dilakukan oleh para blogger ialah dapat meningkatkan tali silaturahim diantara blogger, juga dapat meningkatkan trafik blog atau website. Biasanya blogger yang menerima kunjungan akan dibalas kunjungannya semula. Oleh itu, berbalas kunjungan ini adalah salah satu factor meningkatkan traffic blog / website kita. 

10. Manfaatkan situasi soal jawab

Sebenarnya saya sendiri belum mencuba tips ini, namun setelah melihat banyak blogger yang mendapat keuntungan dari soal jawab saya pun akhirnya cuba untuk aktif di sesi soal jawab untuk mendapatkan peningkatan trafik blog atau website. Yahoo! answer adalah sesi soal jawab yang banyak mendatangkan trafik blog bagi blogger.

11. Komentar

Selain trafik yang tinggi, indikasi blog yang popular adalah banyaknya jumlah komen yang ada di blog tersebut. Khusus untuk pengguna blogspot, usahakan kotak komen anda boleh diisi oleh 'semua orang'. Kerana apabila hanya melalui akaun Google sahaja, orang biasanya malas untuk menghantar komen. Apatah lagi banyak blogger yang terlalu banyak notifikasi dan aturan untuk berkomen, biarlah orang berkomen apa adanya. Berdasarkan pendapat master SEO dunia juga komen dapat meningkatkan SEO artikel di blog.

Ubah setting ruangan komen anda kepada ‘SEMUA ORANG’ seperti di dalam gambar di bawah.




12. Kecepatan loading blog

Kecepatan loading blog cukup penting untuk meningkatkan trafik blog kerana blog yang loadingnya lama atau lambat memperbesarkan kemungkinan orang untuk meng-close halaman yang tidak kunjung selesai loadingnya. Oleh itu, anda perlu menjadikan blog anda sebagai blog yang ‘ringan’ atau tidak lambat loading atau boleh juga digunakan dengan istilah berat.


Demikianlah 12 cara  untuk meningkatkan traffik blog atau website anda. Oleh kerana anda sudah tahu kepentingan menghantar komen itu penting untuk mendapat trafik, anda jangan lupa komen artikel ini dan saya akan membalas kunjungan anda.

Terima kasih membaca artikel ini.

Semoga bermanfaat.Sekian.